HBO Max adalah platform penstriman video baharu dari HBO. Melalui platform ini pelbagai siri TV dan filem menarik akan dihasilkan secara eksklusif. Antaranya adalah Justice League Dark, Duster dan siri sammpingan The Shining – Overlook. Tidak lupa juga kepada peminat Game of Thrones, kerana akan ada siri prekuel berjudul House of the Dragon nanti. Kemudian, bagi peminat DC turut akan ada siri TV Green Lantern dan Strange Adventures – uang mana jelas di sini HBO Max ingin bersaing dengan Disney+ yang menyiarkan pelbabai kandungan Marvel.

HBO Max akan dilancarkan pada 27 Mei 2020. Platform ini dikategorikan sebagai platform penstriman video terbesar dunia, kerana semua kandungannya adalah dari WarnerMedia yang merangkumi pelbagai rancangan seperti Friends, South Park, Cinemax, New Line, DC Entertainment, Warner Bros, The CW, CNN, TNT, TBS, TruTV, Turner Classic Movies, Crunchyroll, Adult Swim, Cartoon Network, Rooster Teeth, Looney Tunes dan banyak lagi. Buat masa ini masih tidak diketahui lagi, sama ada HBO Max terhad di pasaran luar sahaja atau turut boleh dilanggan di Malaysia. Di Malaysia, lesen HBO dipegang oleh Astro dan untuk menontonnya perlu menggunakan akaun Astro melalui aplikasi HBO Go Malaysia.

Buat masa ini, jika anda ingin tonton HBO secara percuma – Astro menawarkan beberapa rancangan terpilih yang boleh anda strim. Antaranya adalah VEEP, Succession,Barry, The Wire, The Sopranos, Silicon Valley dan dokumentari hebat The Inventor : Out for Blood In Silicone Valley mengenai skandal Theranos juga boleh ditonton.

Sohor Kini