Borderlands 3 baru sahaja diperkenalkan pada platform Steam, dan Gearbox nampaknya tidak membazir masa untuk memperkenalkan kemaskini baru untuk permainan Borderlands paling popular mereka.

Melalui pos di blog mereka, Borderlands 3 bakal memperkenalkan kemaskini kepada mod Mayhem mereka yang dinamakan Mayhem Mode 2.0. Kemaskini ini meningkatkan tahap Mayhem Mode daripada 4 sehingga 10, dan secara ringkasnya, ia akan membuatkan tahap permainan ini jauh lebih sukar, tetapi membolehkan pemain untuk mendapatkan senjata yang jauh lebih berkuasa.

Salah satu kemaskini kualiti permainan Mayhem Mode 2.0 ini ialah pemain tidak lagi perlu ke kapal untuk mengubahsuai tahap kesukaran Mayhem Mode. Anda hanya perlu memasuki menu ECHO Device dan tetapan kesukaran boleh diubah dari sana.

Selain daripada tahap kesukaran, Gearbox turut menambah 25 pengubah permainan (multiplier) yang dibahagi kepada Easy, Medium, Hard dan Very Hard untuk membuatkan permainan ini lebih menarik dan akan dikaitkan kepada tahap kesukaran Mayhem.

Mayhem LevelModifier 1Modifier 2Modifier 3Modifier 4
1EASY   
2EASYMEDIUM  
3EASYMEDIUMMEDIUM 
4EASYHARD  
5EASYMEDIUMHARD 
6EASYMEDIUMMEDIUMHARD
7EASYHARDHARD 
8EASYVERY HARD  
9EASYMEDIUMVERY HARD 
10EASYMEDIUMHARDVERY HARD

Sebahagian daripadanya adalah seperti Galaxy Brain yang membesarkan model musuh, dimana ia akan memudahkan pengguna untuk menyerang bahagian lemah, ataupun dron penyembuh untuk musuh dimana mereka akan sentiasa disembuhkan, membuatkan mereka lebih sukar untuk mati.

Kemaskini Mayhem Mode 2.0 ini akan tiba pada 23 April (24 April untuk Malaysia) secara percuma.

Sohor Kini