ESRB, ataupun Electronic Software Ratings Board ialah sebuah badan penarafan yang bertanggungjawab untuk menarafkan kesesuaian penggunaan perisian untuk pengguna. Penarafan mereka biasanya dapat dilihat pada perisian permainan komputer antarabangsa.
Mereka baru-baru ini telah mengemaskini label penarafan mereka untuk memberitahu pengguna bahawa sesuatu permainan tersebut mempunyai ciri pembelian dalam permainan yang menggunakan wang sebenar.
Ini termasuklah permainan-permainan yang menjual barang yang diketahui dan tidak diketahui seperti kotak tikam yang banyak digunakan oleh pelbagai jenis permainan-permainan AAA sebelum ini.
Dengan label ini, ibu-bapa yang membeli permainan komputer untuk anak-anak mereka tahu akan risiko pembelian dalam permainan yang boleh menaikkan hutang kad kredit tanpa pengetahuan mereka.