Disney sebelum ini telah mengumumkan penundaan untuk beberapa filem mereka termasuk juga filem MCU dan juga filem daripada 20th Century. Hari ini, mereka mengumumkan penundaan filem animasi mereka pula.

Filem yang terkesan adalah filem Soul yang sepatutnya dikeluarkan pada bulan Jun ini, ditunda kepada 20 November mengambil tarikh tayangan untuk Raya and the Last Dragon yang kini ditunda ke 12 Mac 2021.

Filem Soul merupakan filem seterusnya oleh Pixar dan ia membintangi lakonan suara oleh Jamie Foxx dan Tina Fey. Manakala Raya and the Last Dragon adalah filem oleh Disney Animation yang ditulis oleh Adele Lim iaitu penerbit filem dari Malaysia.

Sohor Kini