Seperti yang semua sedia maklum, semua pawagam terpaksa ditutup akibat wabak koronavirus Covid-19. Penutupan pawagam ini memberi kesan kepada filem-filem baru yang bakal ditayangkan, seperti terpaksa ditangguhkan atau terus disertakan dalam platform penstriman video.

Filem yang paling rama nanti-nantikan adalah filem-filem MCU. Filem pertama yang patut ditayangkan di Malaysia adalah Black Widow, namun pada hari pertama kita diperintahkan untuk duduk di rumah – tarikh tayangan filem ini ditunda. Sepatutnya ia ditayangkan pada 1 Mei, kini tarikh baru adalah pada 9 November 2020.

Bagi filem-filem MCU lain, ini adalah tarikh tayangan mereka untuk ditayangkan di Malaysia;

  • Eternals – 12 Februari 2021
  • Shang-Chi An The Legend Of The Ten Rings – 7 Mei 2021
  • Doctor Strange In The Multiverse Of Madness – 5 November 2021
  • Thor: Love And Thunder – 18 Februari 2022
  • Black Panther 2 – 8 Mei 2022
  • Sekuel Captain Marvel (tiada judul tetap lagi) – 8 Julai 2022

Berdasarkan senarai ini, tahun ini hanya akan ada satu filem MCU sahaja ditayangkan di Malaysia. Dua filem pada tahun hadapan dan tahun 2022 adalah paling menarik, kita akan ada tiga filem MCU ditayangkan. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan berita lanjut seperti video acah, sinopsis dan sebagainya. Terus ikuti Aksiz untuk berita filem dan siri TV terkini.

Sohor Kini