Skip to main content

Disney hari ini mengumumkan yang perkhidmatan penstriman mereka iaitu Disney+ telah mempunyai 50 juta pelanggan berbayar secara global (tempat perkhidmatan tersebut dilancarkan).

Jumlah tersebut memperlihatkan peningkatan lebih 20 juta pelanggan berbanding laporan sebelum ini iaitu 28 juta pada awal Februari. Mereka juga mengumumkan yang terdapat 8 juta pelanggan di India melalui perkhidmatan Hotstar walaupun dilancarkan secara rasmi beberapa hari lepas.

Buat masa ini masih tiada kenyataan mengenai bila perkhidmatan tersebut akan dilancarkan di Malaysia, tetapi mereka ada mengatakan akan memfokuskan pasaran Eropah Barat, Amerika Latin, dan Jepun terlebih dahulu.

Ura-ura sebelum ini mengatakan yang Malaysia juga akan menerima Disney+ melalui perkhidmatan Hotstar, dan apabila kami bertanya mengenai perkara tersebut, mereka sekadar menyatakan yang akan mengumumkan secara lanjut apabila ia tiba kelak.

Dengan kebanyakan filem-filem Disney telah ditunda, termasuk juga yang terus memasuki Disney+, Disney sudah semestinya ingin menyediakan perkhidmatan ini sebanyak tempat yang mungkin.

Leave a Reply