Selepas pelancaran watak Mina Majikina sebelum ini, SNK meneruskan pelancarna watak DLC seterusnya dengan Sogetsu Kazama buat permainan Samurai Shodown di mana ianya disahkan bakal tiba pada 1 April 2020 ini.

Seperti watak DLC lain, watak Mina boleh dibeli secara berasingan ataupun melalui pas musim kedua permainan tersebut.

Sogetsu Kazama merupakan watak yang mula diperkenalkan di Samurai Shodown IV yang mana beliau adalah seorang Ninja. Melalui video acah di atas, SNK memperlihatkan beberapa kemahiran Ninjutsu beliau dengan pelbagai keupayaan untuk serangan pantas dan penjelmaan kuasa air beliau.

Samurai Shodown sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Switch dan juga Xbox One. Manakala versi PC pula ianya disahkan bakal hadir sekitar tahun ini di Epic Games Store.

Sohor Kini