Skip to main content

Pada bulan lepas, kami ada melaporkan bahawa pra-pendaftaran untuk permua War of The Visions: Final Fantasy Brave Exvius, iaitu permua cara strategi berdasarkan Final Fantasy Brave Exvius telah dibuka, dan permua tersebut akan dilancarkan pada suku kedua tahun ini.

Nampaknya Square-Enix telah mempercepatkan pelancaran tersebut dengan melancarkannya pada hari ini, dimana ia sudahpun boleh dimuat-turun melalui Apple App Store dan juga Google Play Store.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini. War Of The Visions: Final Fantasy Brave Exvius adalah permainan sampingan berdasarkan dunia Final Fantasy Brave Exvius. Melalui permua ini, ianya akan memfokuskan bentuk pertempuran secara turutan strategi. Kali ini, ianya memfokuskan penceritaan putera berkembar Mont dan Sterne di kerajaan Leonis.

Melalui video pelancaran yang baru sahaja dikeluarkan, Square-Enix turut memperlihatkan acara tambahan pada permua ini, yang berdasarkan permainan MMORPG popular Final Fantasy XIV: Shadowbringers yang mana pemain War of The Visions ini boleh mendapatkan watak-watak Y’shtola Rhul dan Thancred Waters sebagai unit yang boleh dimainkan.

[info]War of The Visions: Final Fantasy Brave: Apple App Store / Google Play Store[/info]

Leave a Reply