Informasi Permainan Video Terkini
Pra-Pendaftaran Permua War Of The Visions: Final Fantasy Brave Exvius Kini Bermula – Bakal Tiba Suku Kedua Tahun Ini

Pra-Pendaftaran Permua War Of The Visions: Final Fantasy Brave Exvius Kini Bermula – Bakal Tiba Suku Kedua Tahun Ini

Diterbitkan pada Feb 21, 2020 oleh .

Seperti yang kami kongsikan sebelum ini, Square-Enix akan melancarkan permua War Of The Visions: Final Fantasy Brave Exvius secara global di mana ianya adalah permainan sampingan berdasarkan Final Fantasy Brave Exvius.

Terkini, Square-Enix mengumumkan yang mana pra-pendaftaran permua ini akhirnya di buka yang mana ianya akan menyertakan pelbagai ganjaran khas buat pemain yang membuat pendaftaran tersebut.

War Of The Visions: Final Fantasy Brave Exvius adalah permainan sampingan berdasarkan dunia Final Fantasy Brave Exvius. Melalui permua ini, ianya akan memfokuskan bentuk pertempuran secara turutan strategi. Kali ini, ianya memfokuskan penceritaan putera berkembar Mont dan Sterne di kerajaan Leonis.

Bagi anda yang berminat untuk bermain permua ini pada hari pertama ia dilancarkan dan mendapat pelbagai ganjaran tersedia, anda boleh membuat pra-pendaftaran di laman rasminya bermula hari ini. Dari segi tarikh pelancarannya, ianya dinyatakan akan tiba sekitar suku kedua tahun ini.

Pra-Daftar: War Of The Vision: Final Fantasy Brave Exvius


TIPS & ULASAN