Skip to main content

Arc System Works hari ini mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan sesi beta tertutup buat permainan Guilty Gear Strive yang mana ianya akan berlangsung antara 16 hingga 19 April 2020 ini di konsol PlayStation 4.

Menurut Arc System Works, beta tertutup tersebut kini boleh didaftar bermula hari ini sehingga 5 April 2020 dan mereka yang membuat pendaftaran tersebut akan menerima emel sama ada mereka layak ataupun tidak.

Melalui beta tersebut, Guilty Gear Strive akan menyediakan 7 watak yang boleh dimainkan, terdiri daripada watak-watak yang diumumkan sebelum ini iaitu Sol, Ky, May, Axl, Chip, Potemkin dan Faust. Dari segi mod yang akan tersedia, mereka menyediakan mod pertarungan atas talian dan juga mod pertempuran bersama komputer.

Guilty Gear Strive adalah permainan perlawanan berdasarkan siri Guilty Gear yang mana ianya memfokuskan bentuk pertempuran yang menggunakan senjata dengan pelbagai watak menarik. Ianya dijadualkan untuk dilancarkan sekitar tahun ini khas di konsol PlayStation 4.

Untuk informasi lanjut termasuklah pautan pendaftaran beta tertutup Guilty Gear Strive, anda boleh ke pautan di bawah.

[info] Daftar Beta Tertutup: Guilty Gear Strive [/info]

Leave a Reply