Informasi Permainan Video Terkini
Stadia Akhirnya Tiba Dengan Sokongan Untuk Permainan Pada Resolusi 4K
PC

Stadia Akhirnya Tiba Dengan Sokongan Untuk Permainan Pada Resolusi 4K

Diterbitkan pada Mac 16, 2020 oleh .

Google Stadia ialah perkhidmatan penstriman dimana pengguna hanya memerlukan sebuah komputer biasa dan sambungan internet yang pantas untuk memainkan permainan-permainan komputer yang terkini secara strim.

Google baru-baru ini mengemaskini perkhidmatan tersebut dengan sokongan untuk menstrim permainan pada resolusi 4K, dan baru sahaja memperlihatkan spesifikasi yang diperlukan untuk menstrim permainan-permainan pada resolusi tersebut.

Pertama, pengguna perlu menggunakan komputer dan pelayar web yang menyokong penyahkod video VP9 seperti Google Chrome ataupun Microsoft Edge. Keperluan kedua ialah paparan beresolusi 4K, tetapi anda boleh menggunakan pemalam untuk memaksa paparan anda menstrim resolusi tersebut jika diperlukan.

Pengguna juga akan memerlukan sambungan internet dengan kelajuan sekurang-kurangnya 35Mbps untuk menstrim permainan pada resolusi tinggi tersebut.

Sayangnya, sokongan penstriman resolusi 4K buat masa ini hanya boleh dilakukan melalui komputer dengan sistem operasi Microsoft Windows 10 dan juga ChromeOS. Ini dilaporkan kerana pelayar web Safari tidak menyokong teknologi penyahkod video VP9 yang diperlukan.

Laman web bantuan Stadia turut menyatakan bahawa sokongan tambahan untuk HDR dan sistem audio 5.1 akan tiba di masa akan datang.


TIPS & ULASAN