Siri permainan Worms semestinya salah satu permainan klasik yang sangat terkenal beberapa tahun lepas. Salah satu kenangan saya sendiri semestinya bermain permainan ini di peranti telefon pintar N-GAGE QD dan berkongsi bersama rakan mengikut turutan untuk setiap pasukan ‘Cacing’ yang tersedia.

Terkini, Team17 mengacahkan yang mana mereka akan membawa kembali permainan Worms bagi tahun 2020 ini.

Melalui video acah di atas, mereka memperlihatkan beberapa bentuk permainan klasik Worms sebelum ini disamping watak Worms dalam bentuk 3 Dimensi yang seakan rekaan seperti permainan Worms 4 Mayhem sebelum ini.

Menurut Team17, mereka akan berkongsi sebarang kemaskini dan pengumuman kelak. Berdasarkan kenyataan di atas, permainan ini semestinya kelihatan akan dilancarkan sekitar tahun ini. Walau bagaimanapun, Kami di Aksiz pasti akan berkongsi dengan anda setelah ia diumumkan secara rasmi.

Sohor Kini