Skip to main content

Bungie baru sahaja mengumumkan bahawa Season of The Worthy akan tiba untuk pemain tidak lama lagi. Musim tersebut akan menampakkan sambungan cerita baru untuk kandungan tambahan Forsaken, mod PVP Trials of Osiris dan juga senjata-senjata dan acara-acara baru.

Bukan itu sahaja, Bungie juga mengatakan bahawa mereka tidak lagi akan menjual Bright Engram, iaitu matawang premium Destiny 2 yang boleh dibeli untuk aksesori-aksesori kosmetik permainan tersebut.

Menurut pengarah permainan Destiny 2, Luke Smith, beliau berkata bahawa Bungie tidak mahu para pemain Destiny 2 untuk memperjudikan wang mereka untuk mendapatkan benda-benda yang mereka tidak pasti bahawa mereka akan dapat.

Walaupun begitu, Bright Engram masih akan berada didalam permainan melalui pemberian harian sewaktu acara Season of The Worthy kelak. Buat masa ini, Bungie masih tidak mengesahkan lagi apakah yang akan menggantikan Bright Engram didalam kedai premium Eververse.

Leave a Reply