Skip to main content

Riot Games iaitu pembangun untuk permainan terkenal League Of Legends hari ini mengumumkan permainan baharu iaitu permainan penembak pandang pertama, Valorant di mana ianya akan dilancarkan sekitar suku ketiga tahun ini khas di PC dan dioptimasikan khas untuk sesi permainan secara kompetitif.

Valorant merupakan permainan yang diummkan sebagai Project A sebelum ini di mana ianya adalah salah satu permainan yang dibangunkan oleh mereka yang bergenre berlainan daripada League Of Legends.

Menariknya, Riot Games juga mengesahkan Valorant akan dilancarkan secara percuma di samping menyertakan beberapa kandungan dan bentuk yang taktikal dengan sokongan atas-talian.

Menurut Riot Games, permainan ini memfokuskan bentuk penembak berpasukan secara kompetitif di mana dua pasukan yang mengandungi 5 pemain setiap pasukan akan bertempur secara pusingan dalam bentuk serangan dan pertahanan.

Melaluinya, pemain akan diberi pilihan pelbagai jenis watak yang mempunyai kemahiran berlainan dan bentuk sokongan taktikal untuk bertempur secara strategik.

Penerbit permainan ini, iaitu Anna Donlon juga menyatakan ketika pembangunan permainan ini, mereka ingin mengekalkan elemen kompetitif di dalam permainan penembak dengan bentuk bertaktikal. Sekaligus mereka berasa dengan pelancaran Valorant ini, mereka berharap agar permainan akan terus bermain permainan ini dalam tempoh masa yang lama.

Selain daripada itu, Riot Games juga menjanjikan pelayan khas buat permainan ini secara percuma untuk pemain global yang mana pasti akan membuatkan segala kelancaran permainan ini di atas-talian akan dimainkan dengan baik.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini informasi lanjut setelah ia diumumkan kelak, termasuklah bentuk permainannya yang lebih terperinci dan informasi lain.

Leave a Reply