Informasi Permainan Video Terkini
Valve Membuka Peluang Kepada Bandar-Bandar Untuk Menjadi Tuan Rumah The International

Valve Membuka Peluang Kepada Bandar-Bandar Untuk Menjadi Tuan Rumah The International

Diterbitkan pada Feb 27, 2020 oleh .

Sehingga kini, sudah sembilan kali acara perlawanan DoTA 2 antarabangsa The International dijalankan oleh Valve. Secara kebiasaannya, lokasi The International selalunya akan ditentukan oleh pihak Valve sendiri, tetapi bermula tahun ini, syarikat pembangun permainan tersebut ingin mencuba sesuatu yang baru.

Valve baru-baru ini dilaporkan telah membuka peluang kepada mana-mana bandar diseluruh dunia untuk mencuba nasib untuk menjadi tuan rumah kepada The International pada tahun 2021, dimana mereka juga telah mengeluarkan dokumen permintaan untuk cadangan (request for proposal) untuk mereka yang berminat untuk menjalankan acara tersebut.

Diantara permintaan-permintaan Valve untuk sesebuah bandar untuk menjalankan acara ini termasuklah sambungan internet gentian optik daripada pembekal internet tempatan, bilik yang mencukupi untuk 15,000-18,000 ahli staf, ruang yang cukup besar untuk sekitar 30,000 orang dan juga ruang tambahan untuk acara-acara tambahan seperti ruang peminat, acara selepas-majlis dan sebagainya.

Walaupun kos perbelanjaan merumahkan The International ini boleh dikatakan tinggi, Valve mengatakan didalam dokumen cadangan mereka bahawa kerajaan tempatan juga berpeluang untuk mendapatkan pendapatan yang cukup lumayan melalui jumlah orang yang akan menghadiri acara ini.

Tarikh tutup untuk menghantar cadangan untuk menjadi tuan rumah acara ini adalah pada 31 Mac kelak, dimana pihak-pihak yang tersenarai akan ditemuduga untuk mengesahkan butiran-butiran lanjut yang akan ditanya oleh pihak Valve sendiri.


TIPS & ULASAN