GeForce Now ialah perkhidmatan penstriman permainan komputer oleh NVIDIA dimana pengguna boleh menstrim permainan-permainan yang sudahpun dimiliki oleh mereka dari mana-mana sahaja, asalkan mereka mempunyai sambungan internet.

Hanya beberapa minggu selepas perkhidmatan tersebut keluar dari ujian beta, Activision telah meminta NVIDIA untuk membuang sokongan perkhidmatan tersebut daripada permainan-permainan mereka.

Kini tiba giliran Bethesda pula meminta perkara yang sama, dan ini akan menyebabkan permainan-permainan popular seperti siri Fallout, The Elder Scrolls dan juga DOOM oleh id Software untuk hilang dari senarai permainan yang disokong oleh GeForce Now.

Menurut NVIDIA, perkhidmatan GeForce Now masih lagi berada dibawah fasa ujian, walaupun ianya sudahpun dibuka kepada orang ramai untuk mencubanya. Walaupun syarikat-syarikat ini mempunyai persefahaman untuk menggunakan perkhidmatan tersebut sebelum ini, mereka mempunyai kebebasan untuk mengeluarkannya daripada sokongan perkhidmatan tersebut.

Leave a Reply