Informasi Permainan Video Terkini
Valthirian Arc: Hero School Story Bakal Tiba Di Pasaran Malaysia Pada Mac Ini Bersama Bekas Besi Khas

Valthirian Arc: Hero School Story Bakal Tiba Di Pasaran Malaysia Pada Mac Ini Bersama Bekas Besi Khas

Diterbitkan pada Feb 21, 2020 oleh .

Valthiaran Arc: Hero School Story merupakan permainan yang dibangunkan oleh Agate iaitu pembangun dari Indonesia di mana ianya sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Switch dan PC.

Terkini, dengan kerjasama penerbit permainan SCRYSoft, mereka mengumumkan bahawa permainna ini akan dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia bermula 24 Mac 2020 ini bagi platform PlayStation 4 secara digital dan juga fizikal.

Valthirian Arc: Hero School Story merupakan permainan simulasi RPG yang memfokuskan pemain untuk bermain sebagai guru besar untuk satu sekolah pengembara dan adiwira lagenda. Melaluinya, anda perlu melatih pelajar baharu untuk menjadi adiwira tersebut disamping mengurus segala aktiviti harian mereka.

Menariknya, permainan ini juga banyak memfokuskan pelbagai infrastruktur dan pengurusan bersama-sama dengan jumlah misi sampingan yang pelbagai untuk membuatkan sekolah tersebut lebih berjaya. Ianya juga menyertakan sistem kelas watak yang pelbagai untuk pemain memudahkan pengurusan pelajar-pelajar.

Selain daripada aspek pengembaraan RPG, permainan ini juga menyertakan fungsi penghasilan barangan dan kelengkapan yang pemain boleh hasilkan dengan barangan-barangan yang pemain terima selepas menumpaskan musuh dengan pelbagai jenis resipi barangan yang menarik.

Bersempena dengan pengumuman ini, SCRYSoft juga mengumumkan edisi fizikal khas yang akan menyertakan bekas besi buat hari pertama permainan ini mula dijual pada Mac ini.

Jadi bagi anda yang berminat dengan permainan bergenre ini, pastikan anda mendapatkannya menjelang bulan Mac ini khas di konsol PlayStation 4, untuk mendapatkan bekas besi khas ini secara bersama.


TIPS & ULASAN