Dengan kejayaan permua Final Fantasy Brave Exvius, Square-Enix kali ini bakal mengembangkan lagi senarai permua mereka dengan permua baharu iaitu War Of The Visions: Final Fantasy Brave Exvius, di mana ianya adalah permainan sampingan buat Final Fantasy Brave Exvius.
Pengumuman ini diumumkan ketika acara persidangan Square-Enix di mana mereka menyatakan ianya bakal tiba secara global di peranti iOS dan Android.
Berbanding bentuk pertempuran secara turutan buat Brave Exvius, War Of The Visions akan lebih memfokuskan bentuk strategi secara tururan di mana pemain akan melakukan pelbagai jenis misi dan acara khas. Bentuk sistem kelas watak juga kembali bersama-sama dengan visual grafik 3-Dimensi yang lebih menawan.
Buat masa ini, tarikh pelancaran rasmi masih belum diumumkan.