Embracer Group yang merupakan pemilik kepada beberapa studio penerbit dan pembangunan permainan video seperti Koch Media dan THQ Nordic mengumumkan pengmabil alihan Saber Interactive dan studio-studio di bawah syarikat tersebut.

Saber Interactive mengeluarkan permainan seperti World War Z, Ghosbusters: The Video Game Remastered dan Shaq Fu: A Legend Reborn. Mereka juga bertanggungjawab untuk membawa permainan seperti Vampyr, Call of Cthulhu dan The Witcher 3 ke konsol Switch.

Pengambil-alihan ini adalah bernilai $150 juta (RM632 juta) dalam bentuk tunai serta pegangan saham, dan boleh meningkat sehingga $375 (RM1.5 bilion) bergantung kepada prestasi kewangan studio tersebut.

Pengasas serta pemilik bersama Saber Interactive iaitu Matthew Karch dan Andrey Iones akan menjadi pemilik pegangan saham kedua terbesa bagi Embracer Group.

Sohor Kini