Skip to main content

Konsol-konsol permainan video terbaru daripada Sony dan Microsoft dilaporkan akan dilancarkan pada penghujung tahun ini, dan orang ramai nampaknya tertunggu-tunggu akan pelancaran tersebut.

Pada bulan Januari 2020, syarikat analisis pasaran NPD Group telah melaporkan bahawa jualan konsol Nintendo Switch adalah nombor 1 secara global, menewaskan konsol Sony PlayStation 4 dan juga Microsoft Xbox One.

Walaupun begitu, ia juga dilaporkan bahawa jualan konsol pada Januari 2020 35 peratus lebih rendah daripada jualan konsol pada bulan yang sama pada tahun lepas. Pada bulan Januari tahun ini, jualan konsol secara global dilaporkan pada $129 juta (~RM520 juta).

Diantara sebab-sebab yang diutarakan mengapa ini berlaku termasuklah pengumuman awal konsol-konsol generasi akan datang Sony PlayStation 5 dan Microsoft Xbox Series X yang akan diperkenalkan pada penghujung tahun ini.

Kebolehan konsol-konsol ini untuk memainkan permainan-permainan dari konsol sebelum ini dilihat sebagai salah satu utama pengguna hanya menunggu untuk membelinya kerana membeli konsol generasi kini pada masa ini adalah membazir.

Adakah anda juga sedang menunggu untuk kehadiran konsol-konsol baru ini untuk memainkan permainan-permainan komputer generasi sekarang?

Leave a Reply