Skip to main content

Perkhidmatan penstriman permainan komputer GeForce Now baru sahaja dilancarkan minggu lepas selepas ujian beta selama sebulan. Perkhidmatan ini membolehkan pengguna-pengguna untuk menstrim permainan yang sudahpun dimiliki mereka dari mana-mana sahaja.

Baru seminggu selepas perkhidmatan tersebut dilancarkan, pihak Activision telah mengarahkan NVIDIA untuk membuang sokongan untuk permainan-permainan mereka, termasuklah yang berada di platform Battle.net milik Blizzard.

Diantara permainan=permainan komputer yang terkesan akibat permintaan ini termasuklah Overwatch, siri permainan Call of Duty, World of Warcraft dan Starcraft 2.

Anehnya NVIDIA sebelum ini dikatakan bekerjasama dengan pihak Activision sewaktu ujian beta GeForce Now, dan ramai yang tertanya-tanya mengapa mereka menukar fikiran sekarang.

Pihak NVIDIA mengatakan bahawa alihan sokongan ini mungkin sementara sahaja, dan dalam masa terdekat ini, terdapat sekitar 1500 permainan yang menunggu untuk mendapatkan sokongan perkhidmatan penstriman ini.

Leave a Reply