Skip to main content

Embracer Group iaitu syarikat induk untuk THQ Nordic hari ini mengumumkan penubuhan studio baharu Nine Rock Games di bawah THQ Nordic yang akan bertapak di Bratislava, Slovakia.

Berdasarkan pengumuman ringkas melalui kenyataan akhbar, studio tersebut akan bertanggungjawab untuk membangunkan permainan menembak serta ketahanan hidup.

Ia akan disertai oleh David Durcak sebagai CEO, yang sebelum ini merupakan pengasas untuk studio pembangun permainan video Cauldron sebelum menjadi sebahagian daripada Bohemia Interactive.

Leave a Reply