Arknights ialah permua tower defense terbaru keluaran syarikat pembina permua Yostar yang sangat popular sedang dimainkan oleh berjuta-juta pengguna.
Sebelum ini, walaupun permua Arknights dikeluarkan secara global, para pengguna peranti Android dan iOS di rantau Asia Tenggara tidak boleh memuat-turun permainan tersebut secara rasmi, dan perlu menggunakan cara-cara lain untuk bermain permua tersebut.
Hari ini, pihak Arknights mengumumkan bahawa para pengguna di rantau tersebut, termasuklah di Malaysia sudah boleh mula memuat-turun permua tersebut secara rasmi melalui PlayStore dan App Store.
Mereka yang sudahpun memulakan permainan ini tidak perlu risau kerana akaun mereka disambungkan terus ke pelayan Global, manakala pemain-pemain baru akan menerima hadiah-hadiah awal yang diterima orang ramai sebelum ini.