Mulan adalah animasi klasik yang ditayangkan pada tahun 1998. Ia mengisahkan Hua Mulan, iaitu seorang gadis yang mengambil tempat bapanya untuk menjadi pahlawan. Filem ini adalah filem seterusnya yang diolah semula oleh Disney menjadi filem aksi nyata. Terkini, Disney telah terbitkan video acah terakhir sebelum filem ini ditayangkan pada hujung bulan Mac 2020 kelak.

Video acah kali ini lebih memfokuskan kepada aksi Hua Mulan. I diperlihatkan dengan jelas semangat seorang gadis yang sanggup korbankan diri bagi menggantikan bapanya. Mulan menyamar menjadi seorang lelaki bagi menyertai pasukan tentera negara. Bukan itu sahaja, turut terdapat klip memperlihatkan bapanya tidak ingin bongkarkan rahsia Mulan agar tidak ditangkap oleh pihak berkuasa. Akhir sekali, beberapa klip aksi penjahat baharu turut kelihatan – iaitu seorang ahli sihir.

Filem ini dijadualkan untuk tayangan di Malaysia pada 26 Mac 2020. Video acah kali ini sangat menarik dan membuatkan saya sendiri tidak sabar untuk menontonnya. Bagi yang berminat, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini