4A Games hari ini mengumumkan penambahan kedua buat permainan Metro Exodus iaitu Sam’s Story akan dilancarkan pada 11 Februari 2020 ini di konsol dan PC.

Melalui DLC ini, pemain akan bermain sebagai sebagai Sam, iaitu bekas askar Marine di mana beliau akan mengembara di Vladivostok untuk mencari jalan kembali ke Amerika Syarikat. Dari segi bentuk permainan, DLC ini akan menyertakan beberapa musuh, senjata baharu dan bentuk permainan pertahanan hidup dengan kandungan yang pelbagai.

Seperti DLC sebelum ini, ianya boleh dibeli melalui pas musim ataupun secara berasingan bermula RM35 melalui PSN Store.

Metro Exodus telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One, PC dan juga Stadia tahun lepas.

Sohor Kini