Informasi Permainan Video Terkini
Gundam Saiz Sebenar dan Berfungsi Seberat 25 Tan Akan Dibina Di Yokohama, Jepun

Gundam Saiz Sebenar dan Berfungsi Seberat 25 Tan Akan Dibina Di Yokohama, Jepun

Diterbitkan pada Jan 23, 2020 oleh .

Siri anime dan model kit Gundam sememangnya salah satu francais ikonik dari Jepun yang mana bukan sahaja mereka mempunyai robot berskala sebenar di Odaiba, Jepun malah ianya terkenal di pelbagai kandungan dari siri anime sehinggalah permainan video.

Terkini melalui laporan Japan Times, satu lagi robot berskala sebenar Gundam akan dibina di Yokohama, Jepun melalui Gundam Factory Yokohama.

Gundam Factory Yokohama tersebut akan mula beroperasi bermula 1 Oktober 2020 sehingga 3 Oktober 2021 sahaja di mana ianya akan mempamerkan robot Gundam, RX-78-2 yang boleh bergerak dengan berat sehingga 25 tan.

Semestinya robot Gundam tersebut adalah berbeza dengan robot Gundam dan Unicorn Gundam yang dipamerkan di Odaiba, Jepun sebelum ini. Kedua-dua robot di Odaiba tersebut mempunyai pergerakan terhad dan tidak langsung boleh bergerak.

Melalui Gundam Factory Yokohama ini, mereka mengesahkan Gundam tersebut boleh bergerak dan berfungsi dengan sejumlah 24 sendi yang boleh digerakkan.

Menurut laporan, Gundam Factory Yokohama tersebut akan menyertakan dua bahagian di mana bahagian pertama merupakan dok khas buat Gundam tersebut dengan lokasi pameran dan bahagian kedua adalah bangunan khas yang akan sertakan pelbagai kedai rasmi barangan Gundam.

Seperti yang kami nyatakan di atas, Gundam bersaiz sebenar tersebut akan mula beroperasi pada 1 Oktober ini, namun ketika hujung minggu pada bulan Julai dan Ogos, Gundam Factory Yokohama tersebut akan mula dibuka sebagai acara pra-pembukaan yang mana pelawat boleh melawat untuk melihat beberapa pameran khas lain yang akan disertakan.

Semestinya pembukaan Gundam Factory Yokohama ini adalah bersempena sukan Olimpik 2020 yang bakal diadakan di Jepun bermula Julai ini dan dengan tibanya Gundam bersaiz sebenar yang berfungsi ini, sudah pasti ianya akan menarik lebih banyak pelancong dari seluruh dunia.


TIPS & ULASAN