Kelmarin kami melaporkan yang ada ura-ura mengatakan Netflix bakal hadir dengan filem animasi untuk siri The Witcher. Tidak lama selepas itu, Netflix melalui akaun Twitter rasmi mengesahkan perkara tersebut.

Menurut mereka, The Witcher: Nightmare of the Wolf adalah mengenai bencana yang akan hadir ke the Continent. Filem animasi ini akan mengekalkan pasukan di belakang siri The Witcher iaitu Lauren S. Hissrich dan Beau DeMayo.

Netflix juga mengesahkan yang Studio Mir akan menerbitkan filem animasi iaitu studio yang menerbitkan Legend of Korra.

Buat masa ini tidak disahkan bila ia akan dikeluarkan, akan tetapi menurut Lauran, projek ini sudah bermula sejak setahun yang lepas. Dengan kejayaan siri The Witcher menjadi siri paling popular di Netflix, tidak mengejutkan jika mereka merancang pelbagai siri sampingan untuknya.

Selain itu, Netflix juga baru sahaja menyediakan lagu Toss a Coin to Your Witcher di Spotify.

Sohor Kini