The Witcher ialah siri Netflix yang mendapat sambutan luar biasa sejak diperkenalkan pada Disember tahun lalu. Lebih banyak pemain serentak dicatatkan pasca pelancaran siri dan jumlah jualan novel turut meningkat disebabkan siri ini. Bagi peminat antara perkara paling menarik siri ini ialah lagu Toss A Coin To Your Witcher. Lagu rasmi dari penyanyi asal akhirnya boleh distrim menerusi Spotify.

Anda hanya perlu melakukan carian artis Giona Ostinelli atau Sonya Belousova di dalam aplikasi kerana jika carian Toss A Coin To Your Witcher dilakukan lagu saduran lain pula yang muncul. Cara paling mudah ialah dengan menekan pautan ini untuk terus ke Spotify. Selamat mendengar lagu terbaik dari siri The Witcher dan jangan lupa untuk melontar duit kepada Witcher tempatan anda.

Leave a Reply