Tahukah anda yang sebelum siri TV Netflix musim pertama disiarkan, terdapat ura-ura yang Netflix akan hadir dengan filem animasi sampingan? Ia dikhabarkan akan disiarkan selepas musim pertama siri TV dan sebelum musim kedua siri TV. Namun, khabar ini tiada bukti kukuh dan tidak begitu diendahkan.

Baru-baru ini, terdapat satu entri baharu telah dimasukkan dalam WGA (Writers Guild of America) – secara tidak langsung mengesahkan kewujudan filem animasi ini. Entri ini menyenaraikan satu filem berjudul “The Witcher: Nightmare of the Wolf”. Filem ini ditulis oleh Beau DeMayo, iaitu penulis bagi siri TV The Witcher episod “Betrayer Moon”. Tiada informasi yang jelas mengenai filem animasi ini. Tetapi sumber mengatakan ia mungkin adalah filem sampingan yang akan memfokuskan watak-watak pembantu sahaja, tetapi masih berkait dengan siri TV The Witcher.

The Witcher musim kedua akan memulakan rakaman pada bulan Februari ini untuk siaran pada tahun 2021. Tidak dinafikan yang siri TV ini menerima sambutan yang amat hebat. Dalam laporan kutipan Netflix untuk suku keempat 2019, siri TV The Witcher ditonton oleh 76 juta penonton. Ia adalah siri TV dengan jumlah tontonan paling banyak, dan Netflix turut kira – walaupun hanya dua minit tontonan ia tetap dikira sebagai sudah ditonton.

Sumber: [1], [2]

Leave a Reply