Magic: The Gathering telah menerima pelbagai permainan berbeza, antaranya adalah Magic: Legends iaitu permainan MMORPG berdasarkan Magic: The Gathering. Dengan kerjasama bersama Netmarble, mereka juga mengeluarkan Magic: Manastrike, iaitu permainan mudah alih seakan Clash Royale.

Permainan tersebut kini sudah mula dibuka secara beta tertutup untuk beberapa negara, manakala jika anda berminat, anda juga boleh pra-daftar melalui Play Store. Buat masa ini, ia masih tidak tersenarai untuk App Store.

Anda juga boleh daftar minat melalui laman rasmi permainan ini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya – https://manastrike.com/en/preorder.

Play Store: Pra-daftar Magic: Manastrike

Sohor Kini