Skip to main content

Siri Final Fantasy semestinya menjadi salah satu ikutan ramai dan ianya bukan sahaja mempunyai pelbagai judul permainan, malah baru-baru ini Square-Enix sering membawa kembali siri permainan tersebut sebagai permainan pernambah-baikkan.

Terkini ketika acara X019, Square-Enix mengumumkan bahawa mereka akan membawa sebilangan siri Final Fantasy ke langganan Xbox Game Pass di PC dan Xbox One secara berperingkat menjelang tahun hadapan.

Menurut Shinji Hashimoto ketika acara X019, beliau menyatakan bahawa akan terdapat 10 permainan dari siri Final Fantasy yang akan tiba di Xbox Game Pass bermula tahun hadapan iaitu:

  • Final Fantasy VII
  • Final Fantasy VIII Remastered
  • Final Fantasy IX
  • Final Fantasy X HD Remaster
  • Final Fantasy X-2 HD Remaster
  • Final Fantasy XII The Zodiac Age
  • Final Fantasy XIII
  • Final Fantasy XIII-2
  • Final Fantasy XIII Lightning Returns
  • Final Fantasy XV

Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan dan seperti yang kami kongsikan di atas, ianya akan tiba secara berperingkat bermula tahun hadapan.

Kesemua permainan Final Fantasy tersebut sebelum ini telah pun dilancarkan di pelbagai platform lain termasuklah di konsol Xbox One sendiri. Namun kini dengan tibanya di Xbox Game Pass, pemain akan terus menerima permainan-permainan terus dengan hanya melalui langganan tersebut.

Leave a Reply