Kemaskini: Permainan percuma PlayStation Plus untuk Bulan Januari 2020 kini boleh dimuat turun melalui pautan di bawah, menariknya, ia juga menyertakan satu lagi permainan iaitu Kunio-kun: The World Classics Collection.
[download]PS Store: PS Plus Januari 2020[/download]
Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan permainan percuma buat pelanggan Playstation Plus bagi bulan Januari 2020 ini untuk pelanggan Malaysia.
Kali ini, Sony membawa 2 permainan untuk pelanggan Playstation Plus di mana ianya boleh dimuat-turun bermula 8 Januari 2020 sehingga 3 Februari 2020 ini. Permainan yang disertakan adalah:
- Uncharted: The Nathan Drake Collection (PS4)
- Goat Simulator (PS4)
Selain itu, seperti biasa SIE juga menyertakan tema khas Toro bertemakan Krismas khas di konsol PlayStation 4.
Bagi anda yang masih belum memuat-turun permainan percuma Playtation Plus bagi bulan Disember anda boleh memuat-turunnya sehingga 7 Januari ini.


