Kemaskini, 4 Disember 2019 – Tawaran PS Plus untuk bulan Disember iaitu Titanfall 2 dan Monster Energy Supercross kini boleh ditebus dan dimuat turun sehingga 7 Januari 2020.

[download] Muat-Turun: Permainan Percuma PlayStation Plus Disember [/download]

Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan permainan percuma buat pelanggan Playstation Plus bagi bulan Disember 2019 ini untuk pelanggan Malaysia.

Kali ini, Sony membawa 2 permainan untuk pelanggan Playstation Plus di mana ianya boleh dimuat-turun bermula 4 Disember 2019 sehingga 7 Januari 2020 ini. Permainan yang disertakan adalah:

  • Titanfall 2 (PS4)
  • Monster Energy Supercross – The Official Video Game (PS4)

Selain itu, seperti biasa SIE juga menyertakan tema khas Toro bertemakan Krismas khas di konsol PlayStation 4.

Bagi anda yang masih belum memuat-turun permainan percuma Playtation Plus bagi bulan November anda boleh memuat-turunnya sehingga3 Disember ini.

Leave a Reply