Informasi Permainan Video Terkini
Steam Menunjukkan Tajuk-Tajuk Permainan Yang Terlaris Di Platform Mereka Sepanjang 2019
PC

Steam Menunjukkan Tajuk-Tajuk Permainan Yang Terlaris Di Platform Mereka Sepanjang 2019

Diterbitkan pada Dis 27, 2019 oleh .

2019 boleh dikatakan tahun yang sangat baik untuk permainan-permainan video dan komputer. Terdapat banyak tajuk-tajuk menarik yang diperkenalkan tahun ini, dan Steam, sebagai platform penjualan permainan yang paling terkemuka di dunia telah mengeluarkan beberapa senarai permainan yang laris jualannya pada tahun ini.

Bermula dengan senarai Top Sellers 2019, senarai ini terbahagi kepada beberapa bahagian, termasuklah Platinum, Gold, Silver dan Bronze. Senarai ini memperlihatkan permainan-permainan yang laku dijual sepanjang tahun 2019.

Seperti yang dijangka, permainan-permainan yang mempunyai ramai pengikut, seperti PUBG, DOTA 2, Grand Theft Auto V dan Counter Strike: Global Offensive berada didalam senarai Platinum. Menariknya, Destiny 2 yang baru sahaja memasuki Steam pada bulan Oktober juga berada di senarai ini.

Senarai Gold pula meperlihatkan permainan-permainan seperti Star Wars: Jedi Fallen Order, Halo: The Master Chief Collection, Assassin’s Creed: Odyssey dan Resident Evil 2.

Steam turut memperlihatkan permainan-permainan yang terlaris yang dilancarkan pada tahun ini, dimana lima permainan terlaris termasuklah Red Dead Redemption 2, Code Vein, Destiny 2, Mordhau dan Sekiro: Shadows Die Twice.

Oleh kerana Steam juga merupakan platform permainan komputer multi-pemain, mereka juga memperlihatkan permainan-permainan yang mempunyai pemain serentak yang ramai, dari 15 ribu pemain sekaligus, hinggalah ke 100 ribu pemain.

Mereka turut memecahkan pembelian-pembelian permainan paling popular berdasarkan bulan sepanjang tahun 2019, dan juga melampirkan tajuk-tajuk permainan realiti maya yang popular didalam kategori-kategori mereka sendiri.

Jika anda berminat untuk melihat apa lagi permainan-permainan yang lar is dijual di platform Steam, anda boleh melihatnya di laman web Steam Best of 2019.


TIPS & ULASAN