Pada persidangan kemuncak Olimpik ke-8 yang berlangsung pada minggu lepas, mereka menyatakan dua pendekatan untuk menyertakan esukan di dalam Olimpik. Dua perkara tersebut adalah;
- Mengenai sukan elektronik, mereka melihat banyak potensi untuk menyertakan koperasi serta pergerakan sukan di dalamnya. Banyak simulasi sukan kini menjadi lebih fizikal dengan adanya realiti maya dan realiti terimbuh dan menyamai sukan biasa.
- Mengenai sukan elektronik lain, mereka merumuskan yang buat masa ini, persatuan perlu lebih memberi fokus kepada atliti dan pemain berbanding memfokuskan permainan tertentu. Ia adalah agar dapat mempromosi gaya hidup yang sihat di kalangan atlit esukan.
Dua pendekatan yang dinyatakan oleh Olimpik bagi kami menandakan yang esukan mungkin tidak akan hadir sebagai acara di dalam Olimpik buat masa terdekat walaupun sebelum ini pernah diperkatakan yang acara esukan akan disertai semasa Olimpik 2024 di Perancis kelak.