Riot Games minggu ini mengumumkan yang mereka menubuhkan satu syarikat penerbitan iaitu Riot Forge yang akan menjadi penerbit kepada permainan berdasarkan siri League of Legends yang akan dibangunkan oleh studio luar.

Perbezaan antara Riot Forge dan Riot Games adalah Riot Games akan menerbitkan permainan yang dibangunkan oleh mereka sendiri, manakala Riot Forge memfokuskan permainan oleh pembangun pihak ketiga.

Buat masa ini mereka tidak mengumumkan lagi pembangun yang terlibat dengan projek ini tetapi mengatakan ia akan mengeluarkan permainan untuk pelbagai platform termasuk juga mudah alih.

Mereka juga masih di peringkat awal dan tidak mempunyai sebarang tarikh bila permainan akan dikeluarkan.

Sohor Kini