Ejen Ali: The Movie adalah filem animasi pertama dari Wau Animation. Ini adalah animasi 3D tempatan ketiga yang ditayangkan pada tahun ini. Filem ini bersambung dari dua musim siri TV yang sudah lama disiarkan di televisyen dan YouTube. Pada hari pertama sahaja, filem ini sudah berjaya mengutip RM1.86 juta.

Kini, filem ini sudah pun satu minggu berada di pawagam. Kutipan terkini adalah RM13 juta. Ini adalah satu kutipan yang tinggi bagi filem animasi tempatan. Walau bagaimanapun, kutipan ini masih rendah berbanding dengan BoBoiBoy The Movie 2 yang mana mengutip lebih RM15 juta dalam masa 8 hari. Tetapi, sekarang adalah musim cuti sekolah dan jika filem ini masih berada di pawagam sehingga 10 minggu – ia berpotensi untuk mengalahkan kutipan BoBoiBoy The Movie 2.

Apa-apa pun, ucapan tahniah kepada Wau Animation untuk kejayaan ini.

Sohor Kini