Informasi Permainan Video Terkini
Filem BoBoiBoy Movie 2 Kini Mencapai Jumlah Kutipan Sebanyak RM15.8 Juta Dalam Masa 8 Hari

Filem BoBoiBoy Movie 2 Kini Mencapai Jumlah Kutipan Sebanyak RM15.8 Juta Dalam Masa 8 Hari

Diterbitkan pada Ogos 16, 2019 oleh .

Awal minggu ini kami baru sahaja melaporkan filem BoBoiBoy Movie 2 telah meraih kutipan sebanyak RM9.9 juta dalam tempoh masa 5 hari sahaja.

Terkini, selang beberapa hari kemudian, Animonsta Studios mengumumkan bahawa mereka kini mencapai jumlah kutipan sebanyak RM15.8 juta dalam tempoh masa 8 hari.

Semestinya kejayaan ini memecah rekod filem BoBoiBoy The Movie yang pertama di mana ianya mencapai jumlah kutipan RM15.7 juta dalam tempoh masa 56 hari.

Dengan kesempatan ini, kami juga ingin mengucapkan tahniah buat pihak Animonsta Studios dan Astro Shaw atas kejayaan ini dan bagi anda yang masih belum menonton filem ini, ianya masih lagi ditayangkan di panggung wayang tempatan.


TIPS & ULASAN