Boboiboy 2 sebelum ini memegang rekod sebagai filem animasi tempatan dengan kutipan tertinggi untuk hari pertama, di mana filem oleh Monsta tersebut telah mengutip RM1.18 juta dengan 88 ribu jumlah penonton.
Tampaknya, hari ini diumumkan rekod tersebut kini dipecahkan oleh filem Ejen Ali the Movie dengan kutipan sebanyak RM1.86 juta dengan 148 ribu jumlah penonton dari tiga negara iaitu Malaysia, Brunei dan Singapura.
Kami sebelum ini telah mengulas filem ini, dan merasaka ia adalah filem animasi terbaik setakat ini dan kejayaan ini adalah satu yang sangat berhak diperoleh oleh mereka. Tahniah kami ucapkan kepada Wau Animation.