Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Percuma Playstation Plus Bulan November 2019 Diumumkan – Nioh, Outlast 2 Dan Redout

Permainan Percuma Playstation Plus Bulan November 2019 Diumumkan – Nioh, Outlast 2 Dan Redout

Diterbitkan pada Okt 31, 2019 oleh .

Kemaskini, 12 November 2019 – Sony tampaknya menambah satu lagi permainan percuma untuk PS Plus bulan November 2019 iaitu Redout: Lightspeed Edition. Ia kini boleh dimuat turun.

Kemaskini, 6 November 2019 – Tawaran PS Plus untuk bulan November iaitu Nioh dan Outlast 2 kini boleh ditebus dan dimuat turun sehingga 3 Disember 2019.

PS Store: PS Plus November 2019

Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan permainan percuma buat pelanggan Playstation Plus bagi bulan November 2019 ini untuk pelanggan Malaysia.

Kali ini, Sony membawa 2 permainan untuk pelanggan Playstation Plus dimana ianya boleh dimuat-turun bermula 6 November sehingga 3 Disember 2019 ini. Permainan yang disertakan adalah:

  • Nioh (PS4)
  • Outlast 2 (PS4)

Bagi anda yang masih belum memuat-turun permainan percuma Playtation Plus bagi bulan September anda boleh memuat-turunnya sehingga 5 November ini.


TIPS & ULASAN