Informasi Permainan Video Terkini
Arc System Works Umum Guilty Gear Strive Secara Rasmi – Watak Faust Diacahkan

Arc System Works Umum Guilty Gear Strive Secara Rasmi – Watak Faust Diacahkan

Diterbitkan pada November 18, 2019 oleh .

Setelah berkali-kali diperacahkan dengan pelbagai watak-watak yang bakal hadir buat permainan seterusnya bagi siri Guilty Gear, hujung minggu lepas di acara ArcRevo World Tour 2019, Arc System Works akhirnya mengumumkan nama rasmi buat permainan tersebut iaitu Guilty Gear Strive.

Siri Guilty Gear sememangnya sangat terkenal dengan satu permainan perlawanan yang memfokuskan bentuk senjata yang pelbagai dengan barisan watak-watak yang menarik. Buat masa ini terdapat 6 watak yang disahkan bakal tiba iaitu:

  • Sol Badguy
  • Ky Kiske
  • May
  • Axl Low
  • Chipp Zanuff
  • Potemkin

Bersempena dengan pengumuman ini, Arc System Works juga mengacahkan watak Faust yang mana juga akan tiba sebagai watak yang boleh dimainkan kelak.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Guilty Gear Strive akan dilancarkan secara rasmi di konsol PlayStation 4 sekitar tahun hadapan.


TIPS & ULASAN