Skip to main content

Kejohanan PUBG Mobile Club Open (PMCO) Fall Split 2019 akan berlangsung hujung bulan ini di mana pasukan Yoodo Gank, merupakan satu-satunya pasukan dari Malaysia yang akan mewakili negara dan bertempur dengan pelbagai pasukan antarabangsa lain untuk bergelar juara.

Semestinya ia adalah satu kebanggaan buat negara tanah air yang mana kejohanan tersebut bukan sahaja bertempatkan di Kuala Lumpur, Malaysia bahkan pasukan Malaysia akan mewakili negara untuk ke pusingan akhir.

Pasukan Yoodo Gank dianjurkan oleh telko Yoodo dan organisasi pasukan tersebut adalah Gank. Ianya terdiri daripada 5 pemain iaitu ManParang sebagai kapten dan empat lagi pemain lain iaitu Draxx, Geek, iShotz dan Zully.

Kami di Aksiz kini berpeluang untuk menemu bual pasukan Yoodo Gank di mana berikut adalah temu bual bersama mereka.

  1. Apakah perasaan anda untuk menjadi satu-satunya pasukan dari Malaysia untuk mewakili negara di pusingan akhir?
    Yoodo Gank: Kami semestinya sangat gembira untuk berjaya ke pusingan akhir PMCO 2019 ini dan juga menjadi pasukan yang berjaya ke liga PMCO sebanyak dua kali bagi peringkat Asia Tenggara. Kejayaan ini semestinya adalah momen kemuncak kami. Tambahan itu dengan menjadi satu-satunya pasukan dari Malaysia, tanggung jawab kami berasa begitu besar sekali untuk pusingan ini.
  2. Selain dari memenangi kejohanan ini, apakah yang anda harapkan daripada PMCO?
    Yoodo Gank: Kami berharap agar dapat mempamerkan tahap profesional organisasi kami untuk rantau ini disamping meningkatkan lagi nama Malaysia di dalam arena dan industri esukan.
  3. Apakah latihan dan persediaan yang telah anda lakukan untuk pusingan akhir ini?
    Yoodo Gank: Kami semestinya telah pun berlatih sebelum pusingan akhir ini tanpa henti dan kami juga sering mempelajari kemahiran pasukan lain sebagai satu persediaan yang kukuh untuk bertembung mereka.
  4. Pasukan manakah yang anda anggap sebagai pasukan yang akan memberi cabaran buat anda?
    Yoodo Gank: Bagi peringkat akhir ini, kami ingin menyatakan kesemua 15 pasukan yang lain adalah sangat mahir. Namun jika kami perlu memilih, kami akan menyatakan pasukan dari China adalah pasukan yang menjadi pesaing kami.
  5. Sejak penubuhan pasukan Yoodo Gank, apakah sokongan yang anda terima dari Yoodo dan apakah anda tingkatkan sebagai pemain profesional?
    Yoodo Gank: Yoodo semestinya telah menyumbang pelbagai perkara untuk pemain dan juga kejayaan pasukan kami atas kerjasama bersama mereka. Tanpa mereka, kami pasti akan mengambil masa yang sangat lama untuk berada di mana kami sekarang ini.
  6. Industri esukan sememangnya meningkat sekarang ini di Malaysia, bukan sahaja sokongan daripada kerajaan malah kejohanan-kejohanan seperti. Pada pendapat anda, apa yang anda rasa PMCO telah pun membantu industri ini bukan sahaja dari segi pembangunan, malah peningkatan komuniti?
    Yoodo Gank: Kejohanan PMCO sememangnya satu program yang sangat bagus sekali yang mana ianya berjaya memperkenalkan pelbagai arah bagaimana esukan diperlihatkan oleh rakyat awam. Kejohanan ini juga adalah bagus untuk mempertingkatkan bakat-bakat di kalangan pemain di samping meningkatkan personaliti esukan yang bagus
  7. Menjadi pemain profesional esukan bukan sahaja berkaitan akan bermain permainan video sahaja, apakah nasihat yang anda boleh kongsikan buat mereka yang ingin menjadi seorang pemain profesional?
    Yoodo Gank: Permainan video kompetitif semestinya adalah seakan permainan atau sukan kompetitif lain di mana masa dan usaha merupakan perkara yang penting dan perlu ditekan. Pemain perlu sentiasa mengambil serius terhadapnya dan pasti ianya akan memberi ganjaran yang lumayan.

Bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut berkenaan kejohanan tersebut anda boleh membacanya di bawah.

Pusingan akhir untuk kejohanan PUBG Mobile Club Open Fall Split akan berlangsung pada 29 November hingga 1 Disember 2019 ini yang mana ianya akan menempatkan 16 pasukan dari seluruh dunia untuk bertarung sebagai juara dan membawa pulang wang hadiah terkumpul melebihi RM10,400,000.

Kejohanan tersebut akan berlangsung sekitar tengah hari bermula jam 1:30 sehingga malam di Tun Razak Hall 1, Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur.

Bagi anda yang berminat untuk menyertainya, tiket bagi acara tersebut kini sudah pun boleh dibeli melalui laman Proticket di bawah dengan harga bermula RM20. Bagi anda yang ingin membeli tiket, anda boleh melihat senarai harga dan pelan kedudukan di bawah.

[info] Beli Tiket: PUBG Mobile Club Open Fall Split 2019[/info]

Setakat ini terdapat 13 pasukan yang disahkan akan ke pusingan akhir tersebut yang mana ianya terdiri daripada pelbagai pasukan dari seluruh negara dan lagi 3 pasukan lain akan diumumkan kemudian. Berikut adalah senarai pasukan yang ke pusingan akhir:

  • ARG Wistaria dari Jepun
  • Cloud 9 dari Amerika Syarikat
  • EGC KR Black dari Korea
  • Entity Gaming dari India
  • Illuminate The Murder dari Thailand
  • Kurd Squad dari Iraq
  • Team Quesco dari Brazil
  • RRQ Athena dari Thailand
  • Team SouL dari India
  • TOP Esports dari China
  • UNicornGaming dari Taiwan
  • Team Unique dari Rusia
  • Yoodo Gank dari Malaysia

Acara tersebut akan berlangsung selama 3 hari yang mana ianya juga akan menyertakan pelbagai aktiviti menarik untuk mengunjung dengan beberapa penampilan juru hebah terkemuka seperti Henry, Badshah dan juga Naim Daniel yang pasti akan memeriahkan lagi kejohanan tersebut.

Semestinya acara tersebut juga akan menyertakan pelbagai lagi aktiviti lain untuk pengunjung lakukan disamping menonton acara kemuncak kejohanan tersebut sepanjang 3 hari di sana.

Jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkan tiket buat kejohanan tersebut bermula hari ini!

[info] Beli Tiket: PUBG Mobile Club Open Fall Split 2019[/info]

Penafian: Advertorial Daripada PMCO

Leave a Reply