Skip to main content

Spider-Man Into The Spider-Verse adalah filem animasi yang terbaik yang pernah kami di Aksiz tonton. Animasi yang Sony hasilkan ini lain daripada yang lain, jalan ceritanya menarik, penuh dengan aksi dan komedi. Kutipan untuk filem animasi Sony Marvel ini juga agak baik.

Kami mengharapkan akan ada sekuel sebaik sahaja selesai menonton di pawagam. Harapan kami nampaknya termakbul! Di acara Critic Choice Award 2019, pengarah-pengarah Spider-Man Into The Spider-Verse telah memberitahu Variety, yang mana sekuel filem ini akan menempatkan Miles Morales 2 tahun selepas kejadian dari filem pertama. Menarik sekali, sekuel ini sudah pun dalam pembangunan dan kita mungkin akan ketahui maklumat lanjut di masa akan datang.

Melalui temu ramah dengan Variety, pengarah-pengarah Spider-Man Into The Spider-Verse ini berkemungkinan sudah pun menandatangani kontrak untuk menghasilkan banyak filem animasi Spider-Verse. Disebabkan Spider-Verse mempunyai banyak versi Spider-Man, tidak mustahil jika akan ada lebih banyak filem Spider-Verse yang memfokuskan setiap watak Spider-Man yang menarik. Mungkin kita akan lihat filem Spider-Gwen, Silk, atau juga mungkin fokus terhadap Peni Parker dengan SP//dr.

Leave a Reply