Skip to main content

Sebelum ini kami ada melaporkan yang sambungan kepada filem animasi berdasarkan adiwira Spider-man iaitu Spider-Man: Into the Spider-Verse sedang dibangunkan, dan akan berlaku 2 tahun selepas kejadian di dalam filem pertama.

Hari ini, The Hollywood Reporter melaporkan yang filem sekuel tersebut akan dikeluarkan pada 8 April 2022. Selain itu, Sony juga dilaporkan sedang membangunkan filem sampingan untuk dunia spider-verse tetapi memfokuskan watak perempuan.

Spider-man: Into the Spider-verse bagi kami merupakan filem terbaik Spider-man yang pernah dihasilkan, oleh disebabkan itu, kami sudah semestinya tidak sabar untuk menontonnya.

Leave a Reply