Skip to main content

Menteri Belia dan Sukan YB Syed Saddiq hari ini mengumumkan yang kementerian beliau bakal menganjurkan Liga Sukan Eletronik Kebangsaan pada tahun 2020.

Beliau mengatakan perkara tersebut di dalam Dewan Rakyat untuk menjawab persoalan Ahli Parlimen Kluang iaitu YB Wong Shu Qi. Tambah beliau lagi, liga ini akan melibatkan semua negeri-negeri di Malaysia.

Melaluinya, sistem ranking akan diwujudkan bagi mengenalpasti prestasi semasa atlit-atlit esukan. Ia juga akan menjadi antara kriteria untuk pemilihan atlit bagi mewakili negara.

Selain daripada itu, Syed Saddiq juga mengatakan Majlis Sukan Negeri Johor telah menyenaraikan esukan sebagai salah satu kategori sukan yang akan dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2020.

Dengan pembentangan belanjawan tidak lama lagi, beliau juga berharap akan diberikan lebih banyak suntikan dana untuk perkembangan industri esukan ini.

Leave a Reply