Skip to main content

Warner Bros. dan NetherRealm hari ini mengumumkan yang mereka memberi peluang kepada pemain untuk mencuba Mortal Kombat 11 secara percuma sepanjang hujung minggu iaitu bermula 11 sehingga 14 Oktober ini. Ia adalah terhad untuk PlayStation 4, dan Xbox One sahaja buat masa ini.

Semasa sesi percubaan tersebut, berikut adalah kandungan yang disertakan;

  • Kesemua mod multi-pemain (memerluka PS Plus dan Xbox Live Gold)
  • 2 bab daripada mod penceritaan
  • Kesemua watak asal
  • Mencuba watak baharu seperti Terminator T-800, Nightwolf dan Shang Tsung melalui mod Towers of Time.

Jika anda berminat untuk membeli, semasa sesi ini, ia juga akan dijual dengan potongan harga sehingga 40% dan progress anda semasa sesi percubaan ini akan dibawa ke permainan penuh.

Leave a Reply