Informasi Permainan Video Terkini
Kami 99.9% Yakin Yang Red Dead Redemption 2 Akan Tiba Untuk PC
PC

Kami 99.9% Yakin Yang Red Dead Redemption 2 Akan Tiba Untuk PC

Diterbitkan pada Sep 25, 2019 oleh .

Red Dead Redemption 2 boleh dikatakan sebagai satu permainan yang berjaya, kami sebelum ini pernah melaporkan yang ia telah terjual sebanyak 23 juta salinan pada Februari lepas.

Manakala Red Dead Online walaupun tidak sebesar GTA Online tetapi ia juga mempunyai pemain tersendiri. Satu yang masih kekurangan untuk permainan ini adalah versi PC.

Minggu ini, berdasarkan penyenaraian di Lembaga Klasifikasi Australia, Red Dead Redemption 2 telah tersenarai untuk PC. Ini ditambah lagi dengan Rockstar baru sahaja mengeluarkan pelancar mereka sendiri untuk PC membuatkan kami 99.9% yakin yang ia akan tiba untuk PC tidak lama lagi.

Bagi yang masih tidak mencuba permainan ini, kami sangat mengesyorkan anda untuk mencubanya. Anda boleh membaca ulasan penuh kami di pautan ini.


TIPS & ULASAN