Informasi Permainan Video Terkini
Rockstar Memfokuskan Pembangunan Untuk Red Dead Online – Harapan Untuk DLC Penceritaan Makin Pudar

Rockstar Memfokuskan Pembangunan Untuk Red Dead Online – Harapan Untuk DLC Penceritaan Makin Pudar

Diterbitkan pada Sep 30, 2019 oleh .

Seperti GTA V, tampaknya Red Dead Redemption 2 juga tidak akan menerima DLC penceritaan sekurang-kurangnya untuk masa sekarang. Katie Pica daripada Rockstar melalui temubual bersama dengan VGA 247 mengatakan yang buat masa ini mereka memfokuskan 100% pembangunan untuk Red Dead Online.

Tambah beliau lagi, terdapat terlalu banyak perkara yang mereka ingin sertakan di dalam Red Dead versi dalam talian tersebut. Mereka juga berharap untuk membawa apa yang pemain gemari daripada permainan solo ke Red Dead Online.

Walaupun DLC penceritaan untuk Red Dead Redemption 2 boleh dijadikan sebagai DLC berbayar, namun keuntungan yang diperoleh tidak dapat menandingi Red Dead Online oleh disebabkan itu kami tidak terkejut jika ia tidak akan menerima sebarang DLC penambahan.

Namun, apa yang mereka sediakan di dalam permainan asas sudah mencukupi tanpa memerlukan sebarang DLC anda boleh baca ulasan penuh kami untuk permainan ini melalui pautan ini.

Red Dead Redemption 2 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One. Red Dead Redemption 2 juga kami yakin akan diumumkan secara rasmi tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN