Informasi Permainan Video Terkini
Earthfall: Alien Horde Diumumkan Bakal Tiba Di Switch Menjelang Oktober Ini

Earthfall: Alien Horde Diumumkan Bakal Tiba Di Switch Menjelang Oktober Ini

Diterbitkan pada Sep 19, 2019 oleh .

Tahun lepas, Nimble melancarkan permainan Earthfall di konsol Playstation 4 dan Xbox One yang mana versi PC pula dilancarkan secara rasmi dari akses awal pada tarikh yang sama.

Terkini, Nimble mengumumkan yang mana mereka akan membawa permainan ini ke konsol Switch, dengan nama Earthfall: Alien Horde pada 11 Oktober 2019 ini. Menurut Nimble, ianya akan dijual dengan harga $19.99(~RM84) secara digital melalui Nintendo eShop.

Seperti yang dilaporkan oleh kami, Earthfall: Alien Horde merupakan permainan penembak pandang pertama yang memfokuskan bentuk koperasi antara 4 pemain. Melalui versi Switch, Nimble menyatakan segala kandungan yang dilancarkan sebelum ini akan disertakan secara bersama.

Permainan ini juga akan menyertakan mod penceritaan dengan pelbagai bentuk musuh makhluk asing yang pemain akan tempuhi sepanjang sesi permainan ini dengan pelbagai elemen pertahanan dan senjata daripada serangan makhluk asing.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini menjelang Oktober ini di Switch. Namun bagi anda yang berminat di platform lain, ianya sudah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC.


TIPS & ULASAN