Bandai Namco hari ini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran buat episode kedua untuk DLC One Piece: World Seeker, yang mana kali ini ianya akan memfokuskan watak Sabo.

Menurut Bandai Namco, DLC tersebut akan dilancarkan pada 20 September 2019 ini di PC, Playstation 4 dan juga Xbox One dan melaluinya, pemain akan menggunakan watak Sabo dan perlu bertempur dengan World Government daripada mereka menggali satu senjata yang berkuasa, iaitu Dyna Stones.

https://www.youtube.com/watch?v=nXohpcMXVSI

Seperti yang DLC Zoro yang dilancarkan sebelum ini, Sabo akan mempunyai kemahiran dan bentuk permainannya tersendiri yang mana pasti akan memberi kepelbagaian buat pemain.

Bagi anda yang berminat, DLC ini akan disertakan secara bersama buat mereka yang membeli pas musim permainan tersebut. Namun, ianya juga boleh dibeli secara berasingan dan harga DLC ini bermula RM40 secara berasingan dan RM89 untuk pas musim bagi platform Playstation 4.

One Piece: World Seeker telah pun dilancarkan secara rasmi di konsol Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Sohor Kini